glitter-graphics.com

Sunday 11 December 2011

Free Weather Widget / Gadget for Your Website

Free Weather Widget / Gadget for Your Website

Bendera dan Jata Negeri Kelantan


Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

_________________________________


Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

cogankata negeri

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN


Bendera dan Jata Negeri Johor


Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

________
__________________________



Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH"

ialah cogan negeri itu


Bendera dan Jata Negeri Kedah

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi merupakan satu gugusan Pulau dimana Langkawi merupakan Pulau yang terbesar.
___________________________________________

Lengkaran membawa maksud padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.


Bendera dan Jata


Bendera Malaysia

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

___________________________________________

Jata Negara Malaysia


Lambang Malaysia, atau Jata Negara mengandungi sebuah perisai yang dipegang oleh dua ekor harimau yang merupakan lambing kepada melayu tradisional serta kekuatan dan keberanian. Di atasnya memaparkan simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Warna kuning pada simbol bulan sabit dan bintang itu merupakan warna diraja dan melambangkan pemerintahan beraja di Malaysia. Simbol bulan sabit adalah lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia manakala simbol bintang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Lima bilah keris yang terletak di bahagian atas merupakan lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada zaman dahulu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di bawah keris tersebut terdapat empat jalur yang sama besarnya berwarna warna hitam, putih, merah dan kuning yang melambangkan empat buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Merah dan kuning melambangkan warna negeri Selangor; hitam dan putih warna bagi negeri Pahang; hitam, putih dan kuning warna bagi negeri Perak; serta warna merah, hitam dan kuning bagi Negeri Sembilan. Bahagian sebelah kiri perisai iaitu pokok Pinang dan jambatan merupakan simbol untuk negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan iaitu pokok Melaka adalah simbol untuk negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat pada zaman dahulu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Jata Negeri Sabah di sebelah kiri dan Jata Negeri Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya, iaitu Bunga Kebangsaan Malaysia. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai memegang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Jata Negara. Cogan kata "Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan Jawi di sebelah kanan juga dipaparkan di skrol yang berwarna kuning.

Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan ( Tahun 4 )